Wednesday, 7 March 2012

TERRA NOVA TER NODA

Riwayat siri televisyen terbitan FOX yang digembar gemburkan paling mahal pernah diterbitkan dalam sejarah produksi televisyen akhirnya terkubur.

Terra Nova terbitan pengarah prolifik Steven Spielberg sekadar bertahan selama satu musim


Rangkaian televisyen FOX mengumumkan perkara itu Isnin lalu.

Siri yang difilemkan di Australia itu gagal mencipta fenomena apabila kurang mendapat perhatian penonton melainkan peminat tegar sains fiksyen dengan kurang daripada 8 juta penonton seminggu

Terra Nova mengisahkan sebuah keluarga yang kembali ke zaman pra sejarah dalam misi menyelamatkan manusia.

Ia dibintangi Jason O'mara dan Stephen Lang.

Siri inidiununkan May 2010 namun masalah penerbitan memaksa penayangannya ditangguhkan


No comments:

Post a Comment