Friday, 24 February 2012

5 fakta mengejutkan tentang kopi (part2)



Dalam post yang lalu barulatulaa.blogspot.com mendedahkan 2 fakta menarik tentang kopi yang mungkin tidak diketahui pembaca.

Post berikutnya akan merungkai 3 lagi fakta yang mengaitkan tabiat minum kopi dengan kesihatan

3.Kopi akan mengurangkan risiko dementia
Apabila penyelidik di Sweden dan Denmark mengesan pengambilan kopi oleh sekumpulan 1400 orang pertengahan usia rata ratanya berumur 21 tahun mereka mendapati wujud kaitan jelas antara kopi dan dementia.

Mereka yang mengambil 3-5 cawan kopi sehari adalah 65 peratus kurang berisiko terkena dementia.

Bagaimana ia berlaku:  Pengkaji percaya antioksida dalam kopi mampu mengurangkan dementia berbentuk vaskular.



Teori lain: Kajian terhadap haiwan menunjukkan kafein di dalam kopi mampu memperbaiki keberkesanan perintang darah-otak. Apabila kefein diberikan kepada tikus fungsi kognitifnya diperbaiki danjumlah protein amyloid abnormal dalam otaknya mengurang hampir separuh. Dan ia ada hubung kait dengan Alzheimer.

4. Kopi melindungi (lelaki) daripada Parkinson

Lelaki yang mengambil 2-3 cawan kopi berkafein sehari 25 peratus kurang berisiko menghidap Parkinson.

Bagaimana ia berlaku: Penyelidik tidak pasti mekanisme pelindung yang memainkan peranan atau berpunca kafein atau kompaun pelindung. Genetik juga mungkin memainkan peranan. Kajian pada 2011 mendapati subjek yang membawa gen GRIN2A menerima manfaat neuroprotective melawan Parkinson daripada kopi.

 5. Kopi mengurangkan tekanan / depression 



Mereka yang mengambil 4 cawan kopi atau lebih sehari 20 peratus kurang berisiko mengalami depressi berbanding mereka yang  jarang atau tidak langsung mengambilnya.

Bagi mereka yang minum 2-3 cawan risikonya pula kurang 15 peratus.

Dalam kajian lebih kecil di Finland kopi dikaitkan mampumengurangkan risiko bunuh diri di kalangan lelaki. Juga bersetuju kopi mampu mengurangkan depressi di kalangan lelaki.

Bagaimana ia berlaku: Tiada siapa pasti kebenarannya namun satu teori menyebut kopi mampu meningkatkan tenaga dan mood dalam jangka pendek.

Penyelidik  di Harvard mendapati kesan pengurangan depresi yang sama kepada mereka yang mengambil minuman ringan berkafein dan mereka yang makan coklat (kedua duanya mengandungi kafein)









No comments:

Post a Comment