Sunday, 11 March 2012

Bayi Gergasi


Beberapa bulan lalu doktor telah memberi amaran kepada wanita ini, dia bakal melahirkan seorang bayi yang besar.

Namun tiada siapa menyangka bayi yang dilahirkan Cynthia Sigler begitu besar hingga mencecah hampir 14lbs (6.35kg).


Dua bulan lalu doktor menjangkakan Jayden Sigler akan lahir dengan berat badan sekitar 9lbs. Bagaimanapun pada awal Mac lalu doktor mengubah jangkaan kepada 11lbs. 

Namun jangkaan itu nyata lebih ringan berbanding berat sebenar bayi ini.

Kakak Jayden, Jailyn dilahirkan normal dengan berat badan hampir separuh daripadanya. Jailyn kini berusia dua tahun setengah.

Mengikut kidshealth.com berat badan normal bayi ketika lahir adalah sekitar 5lbs, 8 ounces dan 8lbs 13 ounces.

Berta Jayden bagaimanapun jauh lebih ringan berbanding bayi terberat di dunia yang pernah direkodkan Guinness World Records. Pada 1879 seorang bayi seberat 23.75lbs dilahirkan. Bagaimanapun bayi itu meninggal dunia 11 jam selepas dilahirkan.

Bayi kedua terberat yang direkodkan Guinness lahir di Itali pada 1955 dengan berat 22.5lbs. dan pada 2009 seorang bayi seberat 19lbs, 2 ounces dilahirkan di Indonesia.


No comments:

Post a Comment