Thursday, 15 March 2012

Sayonara Mr Gentle Giant

Khas buat pengikut setia program realiti American Idol.

Beberapa minggu lalu kita menyaksikan detik penuh emosi apabila salah seorang peserta ujibakat begitu kecewa apabila gagal melepasi pusingan terakhir. Drama tambah menarik apabila peserta terbabit akhirnya dipanggil kembali bagi melengkapkan senarai 25 peserta terakhir. Tuah memihak Jones terpilih pula menerusi undian peminat sebagai antara12 peserta yang layak beraksi ke peringkat seterusnya.

Jermaine Jones lelaki bersaiz besar namun dalam hati ada taman. Reaksi penuh emosinya mungkin sekali lagi jadi tontonan  setelah khabar angin bertiup kencang dia bakal dikeluarkan daripada program terbabit minggu ini.

Laman hiburan popular TMZ melaporkan khabar terbaru ini. Faktor penyingkiran Jones berpunca jenayah lampau.Sekaligus mengundang persoalan adakah emosi yang diuzahirkan selama ini sekadar lakonan semata mata?

Menurut TMZ Jermaine pernah ditahan dan didakwa berhubung 2 kesalahan jenayah salah satunya jenayah keganasan pada 2011.

Kesalahan pertama Jermaine didakwa mengganggu ketenteraman awam dan menghalang tugas polis dalam pergaduhan di Hotel Howard Johnson di New Jersey.

Dia kemudiaan didakwa cuba mengelak daripada ditangkap dan memberi maklumat palsu. Jermaine sepatutnya ditahan kerana 4 waran tangkap telah dikeluarkan pihak berkuasa sebelum ini.

Persoalannya adakah pihak penerbitan tidak tahu latar belakang sebenar Jermaine atau sengaja mencipta drama bagi menaikkan rating program yang vsudah memasuki tahun ke-11 ini.

No comments:

Post a Comment