Baru saja selesai majlis Oscar ke 84 di Hollywood & Highland Center pihak Academy sudahpun memikirkan perancangan untuk tahun depan.
Yup..Edisi ke-85 Anugerah Academy bakal kembali ke venue yang sama yang dulunya dikenali sebagai Kodak Theater. Menjadi venue tetap sejak pembukaannya pada 2001.
Namanya diubah menjadi Hollywood & Highland Center selepas pemiliknya Eastman Kodak Co. memfailkan perlindungan daripada muflis. Sekaligus nama Kodak terpaksa digugurkan sebelum upacara tahun ini berlangsung.
Wakil Academy of Motion Picture Arts and Sciences berkata kontrak bersama pemilik Hollywood & Highland Center akan tamat pada 2013. Namun rundingan sedang dijalankan bagi meneruskan kerjasama bagi tahun tahun mendatang.
PencalonanAnugerah Academy ke-85 ditetapkan pada 15 Januari 2013
No comments:
Post a Comment