Tuesday, 13 March 2012

Jaga Kau Bond...


Bond is back in action...
Selepas kejayaan Casino Royale dan Quantum of Solace, James Bond bakal kembali menerusi Skyfall.

Masih mengekalkan Daniel Graig sebagai buat kali ketiga, musuh Bond kali ini cukup sinonim watak antogonis. Javier Bordem yang cemerlang dalam No Country for Old Man bakal membawa watak Silva.



Plot Skyfall bagaimanapun masih dirahsiakan  

Dalam sekeping foto yang dirakan ketika penggambaran Bordem dilihat mengenakan uniform polis Britain untuk satu babak dipercayai babak penyamaran.

Selain Bordem pelakon lain yang pernah mengungguli Oscar yang sah menyertai filem ini adalah Judi Dernch yang kembali memegang watak M selain Sam Mandes.

Turut serta calon 5 kali Oscar Albert Finney dan calon 2 kali Ralph Fiennes.

1 comment: