Ini bukan kisah gangster. Post kali ini berkongsi bersama pembaca kisah lelaki tinggi.
Dengan ketinggian 8 kaki 3 inci, Sultan Kosen diiktiraf manusia tertinggi di dunia yang masih hidup oleh Buku Rekod Guinness.
Namun mengikut sejarah lelaki dengan ketinggian luar biasa pendek dari segi riwayatnya
Ketika ini Kosen yang berasal dari Turki berusia 29 tahun.
Bagi "menambah jangka hayat" Kosen dibantu Pakar Pusat Perubatan Universiti Virginia telah melalui pembedahan kelenjar pituitari pada 2010 lalu.
Pembedahan penting bagi menghentikan tumbesaran Kosen sekaligus menyelamatkan nyawanya.
Hari ini pakar mengumumkan pembedahan itu berjaya.
Masalah "Acromegaly" atau kegergasian yang dihidap Kosen berpunca tumor pituitari yang merembeskan hormon dengan kadar yang banyak. Sindrom ini menyebabkan tumbesaran luar biasa.
Antara yang menghidap masalah kegergasian ini adalah penggusti terkenal era 80-an Andre The Giant. Meskipun ketinggiannya hanya 6 kaki 11 ini, namun berat badannya hampir mencecah 500 pound dan wajahnya pula bersifat primitif (gejala lain bagi penghidap acromegaly).
Andre atau nama sebenarnya Andre Rene
Roussinoff berasal dari perancis mati di usia 42 tahun pada 1993.
Robert Wadlow of Alton III yang diiktiraf sebagai manusia tertinggi yang pernah dicatatkan antara mangsa penyakit ini. Wadlow dengan ketinggian 8 kaki 11 inci meninggal dunia pada 1940 ketika baru berusia 22 tahun.
No comments:
Post a Comment