Sunday, 25 March 2012

Angry Gran la pulak..

Selepas Angry Bird kini muncul pula Angry Gran.

Permainan Berunsur 'amarah' dan 'ganas' semakin popular di telefon bimbit dan komputer. Ramai yang menggemari permainan seumpama ini dengan alasan ia mampu meredakan ketegangan fikiran.

Angry Gran kini menjadi permainan komputer no.1 di Britain, Austria, Finland,Greece, Indonesia, Pakistan dan Russia dan semakin popular di Malaysia.


Permainan ini mengkehendaki pemainnya membantu Angry Gran mencampakkan beberapa barang antaranya surat khabar, tukul atau ayam getah ke arah orang yang melalui jalan bagi mendapatkan mata.


Si nenek akan mendapat lebih banyak mata setiap kali balingannya mengenai sasaran. Namun perlu waspada agar tidak terkena polis.

Apple iTunes Store mengesahkan Angry Gran muncul permainan kedua paling popular di AS bagi kategori applikasi percuma.

Ia juga menghuni kedudukan 5 permainan tertinggi di sekurang kurangnya 18 negara.

Selain turut termasuk dalam 10 permainan paling popular di 21 buah negara.


No comments:

Post a Comment