Friday, 9 March 2012

Filem Bisu

The Artist


Umum maklum filem bisu The Artist telah mengungguli  Anugerah Academy ke-75 minggu lalu. 

Post kali ini tiada kena mengena dengan dengan The Artist karya pengarah Perancis Michel Hazanavicious itu tapi ada kaitan dengan filem bisu di Malaysia.



Yang dimaksudkan filem bisu adalah filem yang satu ketika dulu diwarwarkan pembikinannya namun hingga ke hari ini tidak lagi kedengaran... membisu.

Post kali ini menyenaraikan 6 filem tempatan yang membisu meskipun sudah bertahun-tahun dicanangkan

6. PASIR SALAK

Jins Shamsuddin
Selepas kejayaan francais "Esok" dan  filem perang Bukit Kepong pastinya karya terbaru Tan Sri Jins Shamsuddin ini amat dinanti-nantikan. Dicanang filem termahal dalam sejarah pembikinan filem negara (ketika dimumkan hampir 10 tahun lalu) malangnya sehingga ke hari ini Pasir Salak  hanya tinggal sejarah.

Dalam temubual bersama Berita Harian sekitar 2010, Tan Sri Jins mengulangi hasratnya menerbitkan filem sejarah itu. Dan difahamkan set  pengambaran filem terbabit telah siap dibina tidak lama selepas rancangan pembikinan filem ini diumumkan.



5. THE CHINI

Raffi Hussain
Raffi Hussain lebih dikenali sebagai pelakon pembantu. Tidak pernah pelakon yang menerima jolokan George Boy Malaysia ini memegang watak utama atau hero.

Sekian lama menyepi tiba tiba Raffi kembali dengan imej berjambang. Rupa rupanya bersebab. Raffi berhasrat menerbitkan sebuah filem ala Jurassic Park dan Sea Horse bertajuk The Chini. Satu rancangan yang saya fikirkan cukup menarik.

Meskipun pada tahun 50-an dulu pernah diterbitkan filem Naga Tasik Chini, teknologi (tanpa CGI) pada ketika itu jadi penyebab filem itu kelihatan agak lucu jika drtontonkan hari ini.

Malangnya Raffi pergi meninggalkan kita ketika filem itu belumpun sempat dfilemkan. Allahyarham pergi bersama idea dan impiannya. Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat. Amin.

4. SHHH... DIA DATANG

Diterbitkan Noradz Production, Shhh.. dia datang dikatakan sudah siap sekitar 4 tahun lalu. Jika melalui lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) sekitar, poster filem ini masih terdapat di papan iklan sehingga kini.

Selain Apek, filem komedi ini turut dibintangi Allahyarham Zami Ismail. Dengan filem genre komedi semakin kurang mendapat perhatian ketika ini, Shhh.. dia datang mungkin berdepan masalah mendapat perhatian peminat filem tempatan. 

Sama ada filem ini bakal ditayangkan, hanya penerbitnya sahaja yang dapat menjawabnya

 
3. ADIK MANJA 2010

Adik Manja 1979
Nampaknya hasrat melakukan comeback hero Malaya era 70-80-an Dharma Harun Al-Rashid masih belum jadi kenyataan. Bukan sahaja kembali sebagai watak utama, Dharma dikatakan bakal menerbit dan mengarahkan sendiri filem Adik Manja versi baru ini.

Filem Adik Manja 1979 yang diarah Othman Hafsham menggandingkan Dharma dan Noorkumalasari dianggap cukup berjaya pada eranya. Pastinya watak Cikgu Bedah paling diingati

Sebagai mencari kelainan, Dharma bertindak melakukan jelajah bagi mencari pelakon yang sesuai bagi memegang watak dalam filem ini. Difahamkan Faezah Elai dan pelakon sensasi Rozita Che wan antara yang terpilih.

Entah di mana silapnya hingga ke tahun ini filem sequal ini terus bisu.... tanpa khabar berita

2. SEARCH THE MOVIE (LANGIT & BUMI)

Search
“SEARCH : Langit & Bumi“ adalah sebuah filem cereka berdasarkan sejarah sebuah kumpulan muzik rock yang paling berpengaruh di Malaysia.

Filem ini berdasarkan KELAHIRAN, KEMUNCULAN serta PENGUKUHAN kumpulan Search di dalam dunia muzik rock tempatan, dan memberi fokus kepada setiap anggota kumpulan itu. 
 Aaysia.
Sepertimana Adik Manja 2010, Search The Movie juga menjalani ujibakat besar besaran bagi mencari pelakon yang sesuai membawakan watak anggota kumpulan rock terkenal itu ketika remaja.

Carian di laman web filem ini di www.searchthemovie.com.my mendapati ia tidak lagi boleh diakses sekaligus menimbulkan tanda tanya masa depan filem ini.





1. ADUH SALIHA

Hero dan Heroin Aduh Saliha
Aduh mahkota terhempas barulah kusedar yang kusangkakan intan oh hanyalah kaca... 

Itu bait bait lagu Aduh Saliha, lagu popular dendangan juara AF musim ke-3 Mawi. 

Dihasilkan sifu M. Nasir dan regunya Allahyarham Loloq, lagu ini kemudiannya diadaptasi ke bentuk filem juga menampilkan Mawi sebagai watak utama dan M. Nasir sebagai pengarah. Watak Saliha pula jadi milik Puteri Sarah. Filem yang sepatutnya menjadi filem pertama buat Mawi dan Sarah nampaknya gagal disiapkan.

Dalam temubual yang disiarkan Mstar Online 3 Januari lalu,  M Nasir mengumumkan filem tersebut dibatalkan dan beliau akan memberi fokus kepada filem lain (tidak dinamakan).

Selepas Aduh Saliha membisu diharap Mawi yang pernah mencetuskan fenomena satu ketika dahulu tidak turut sama membisu.

Diharap tidak ada lagi filem tempatan selepas ini yang menerima nasib sama seperti 5 filem di atas.


No comments:

Post a Comment