Monday, 26 March 2012

The Wolfpack will be back

Phil, Stu dan Alan bakal kembali menggegar pawagam.

The Hangover 3 francais ketiga Hangover bakal menemukan kembali Bradley Cooper, Ed Helms dan Zach Galifianakis.

Turut kekal Todd Phillips yang akan duduk di kerusi pengarah.

Hangover 3 adalah siri terakhir dalam bakal menemui penonton di AS pada 24 Mei depan


Sunday, 25 March 2012

Angry Gran la pulak..

Selepas Angry Bird kini muncul pula Angry Gran.

Permainan Berunsur 'amarah' dan 'ganas' semakin popular di telefon bimbit dan komputer. Ramai yang menggemari permainan seumpama ini dengan alasan ia mampu meredakan ketegangan fikiran.

Angry Gran kini menjadi permainan komputer no.1 di Britain, Austria, Finland,Greece, Indonesia, Pakistan dan Russia dan semakin popular di Malaysia.


Bravo Alonso

Fernando Alonso mendominasi Litar Sepang apabila menamatkan perlumbaan di tempat pertama. Sekaligus menafikan harapan pelumba Sauber Sergio Perez untuk menjulang kejuaraan pertama Formula 1.

Berlangsung penuh dramatik perlumbaan bagaimanapun terhenti  di pusingan ke-9 ekoran hujan lebat.sebelum bersambung 51 minit kemudian,

Friday, 23 March 2012

SI ZALIM DILANJUT REMAN

Allahyarhamah Dirang
Perintah reman terhadap 3 suspek termasuk seorang wanita yang dipercayai terlibat pembunuhan kejam Nurul Nadirah Abdullah, 5, atau lebih dikenali sebagai Dirang dilanjutkan lagi seminggu.

Pendaftar Mahkamah Rendah Johor Baharu Hidayah Manaf membenarkan ketiga-tig tertuduh berusia 30-an itu direman sehingga 30 Mac ini untuk membantu siasatan kes mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Polis sebelum ini menahan empat orang termasuk bapa kandung Dirang bagi membantu siasatan berhubung kehilangan kanak-kanak itu pada 1 Mac.


Tungguuu....

Bagi peminat kenderaan keluaran Jerman Volkswagen pastinya keh

adiran model terbaru syarikat ini amat dinantikan.

Post kali ini akan membawa anda melihat beberapa foto dan video model Volkswagen XL1(production version) yang sedang dipandu uji.

Dengan enjin 1 liter difahamkan ia adalah model khas dengan jumlah pengeluaran terhad.



Go Racer Go...

F1 GP Malaysia di Sepang semakin hangat. Tamat sesi latihan hari ini Lewis Hamilton memberi amaran awal apabila mencatat masa terpantas di kedua dua sesi latihan.

Hamilton yang memulakan GP Australia minggu lalu di petak utama sekali lagi muncul pelumba 'favourite; di Sepang.

Wednesday, 21 March 2012

Untukmu Bumi...

Khabarkan pada yang tidak tahu
31 March ini sambutan Earth Hour.
Sambutan bagi menghargai bumi yang semakin uzur.
Sebelum pergi bersama kita

Khabarkan pada warga Bumi
Bumi perlu rehat sejenak.
Bersama tutup lampu.
Sejam sahaja kita bergelap.

Dalam Kenangan


Siapa tak kenal padanya.
Pernah menggemparkan dunia dengan fizikalnya yang menarik.
Pernah dipuja sebagai mendahului zaman.
Juga pernah menjadi rebutan seluruh dunia.

Namun langit tidak selalunya cerah.
Zamannya sudah berlalu.
Perginya bersama luputnya memori.
Dia....


Friday, 16 March 2012

Makin dekat dah...

Perdana Menteri dijangka membubarkan parlimen Mei ini bagi membolehkan PRU13 diadakan. Tarikh PRU13 pula kemungkinan besar pada 3 Jun. Sumber ini dipetik daripada Bloomberg berdasarkan info tiga pegawai kerajaan yang dirahsiakan identitinya.

Populariti Datuk Seri Najib ketika ini meningkat 10 peratus kepada 69 mata.

Dah dekat dah...


Kalau tanya pasal Pilihan Raya Umum ke-13 semua akan cakap makin hampir. Ada yang kata April tak kurang yang menjangka tahun depan.

Kalau PAUL SI KURITA masih hidup mungkin Paul pun ada ramalannya tersendiri. terpulang nak percaya atau tidak.

Bagi insan yang pernah menggemparkan negara dengan ramalannya  4 tahun lalu, mungkin pandangannya ini boleh diambil kira.

Thursday, 15 March 2012

And The Oscar goes to.....

Baru saja selesai majlis Oscar ke 84 di Hollywood & Highland Center pihak Academy sudahpun memikirkan perancangan untuk tahun depan.

Yup..Edisi ke-85 Anugerah Academy bakal kembali ke venue yang sama yang dulunya dikenali sebagai Kodak Theater. Menjadi venue tetap sejak pembukaannya pada 2001.

Namanya diubah menjadi Hollywood & Highland Center selepas pemiliknya Eastman Kodak Co. memfailkan perlindungan daripada muflis. Sekaligus nama Kodak terpaksa digugurkan sebelum upacara tahun ini berlangsung.

Sayonara Mr Gentle Giant

Khas buat pengikut setia program realiti American Idol.

Beberapa minggu lalu kita menyaksikan detik penuh emosi apabila salah seorang peserta ujibakat begitu kecewa apabila gagal melepasi pusingan terakhir. Drama tambah menarik apabila peserta terbabit akhirnya dipanggil kembali bagi melengkapkan senarai 25 peserta terakhir. Tuah memihak Jones terpilih pula menerusi undian peminat sebagai antara12 peserta yang layak beraksi ke peringkat seterusnya.

Jermaine Jones lelaki bersaiz besar namun dalam hati ada taman. Reaksi penuh emosinya mungkin sekali lagi jadi tontonan  setelah khabar angin bertiup kencang dia bakal dikeluarkan daripada program terbabit minggu ini.

Anwar vs KJ

Mahkamah Rayuan hari ini mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan Datuk Seri Anwar Ibrahim meminda penyataan tuntutan dalam saman fitnahnya terhadap Ketua Pemuda Umno Khairy
Jamaluddin Abu Bakar.

Panel tiga hakim dianggotai Hakim Datin Paduka Zaleha Zahari, Datuk Clement Allan Skinner dan Datuk Aziah Ali dalam keputusan sebulat suara, menolak rayuan Khairy untuk mengetepikan keputusan Penolong Kanan Pendaftar yang membenarkan Anwar meminda penyataan tuntutannya.  

Tragedi Bali

Enam orang termasuk seorang kanak-kanak berusia lima tahun mati tertimbus dalam kejadian tanah runtuh dan banjir kilat di Desa Belandingan, Kintamani, daerah Bangli, Pulau Bali pada Selasa berikutan
hujan lebat.
    
Kejadian berlaku di sebuah tebing bukit berkecerunan antara 70 hingga 90darjah, kata  Pemangku Ketua Pelaksana Badan Pengurusan Bencana Bali, Dewa Made Indra, pada Rabu.
   

Wednesday, 14 March 2012

Good Bye Mr Wild

Bagi yang biasa menonton saluran Discovery program Man vs Wild pasti antara yang anda minat. Keberanian pengacaranya Bear Grylls berdepan bahaya dan ancaman cukup mengujakan.

Bersedia untuk berita sedih

Grylls secara rasminya tidak lagi akan bersama program terbabit selepas Discovery mengambil keputusan menamatkan kerjasama dengannya. ia berpunca kegagalan personaliti televisyen British ini memenuhi kontrak untuk terlibat dalam 2 lagi projek yangbelum diumumkan.

Abang Long

Ini bukan kisah gangster. Post kali ini berkongsi bersama pembaca kisah lelaki tinggi.

Dengan ketinggian 8 kaki 3 inci, Sultan Kosen diiktiraf manusia tertinggi di dunia yang masih hidup oleh Buku Rekod Guinness. 

Namun mengikut sejarah lelaki dengan ketinggian luar biasa pendek dari segi riwayatnya

Tuesday, 13 March 2012

Jaga Kau Bond...


Bond is back in action...
Selepas kejayaan Casino Royale dan Quantum of Solace, James Bond bakal kembali menerusi Skyfall.

Masih mengekalkan Daniel Graig sebagai buat kali ketiga, musuh Bond kali ini cukup sinonim watak antogonis. Javier Bordem yang cemerlang dalam No Country for Old Man bakal membawa watak Silva.

Monday, 12 March 2012

Alahai John Carter

Dengan kos pembikinan ratusan juta dolar dan promosi besar-besaran bukan resepi penentu kejayaan sesebuah filem. 

Terbaru John Carter filem sains fiksyen terbitan Disney gagal mencecah kutipan Box Office di Amerika Syarikat.

John Carter yang diterbitkan dengan kos mencecah USD250 juta sekadar mencatat  kutipan hujung minggu sebanyak USD30 juta. 

Sunday, 11 March 2012

Bayi Gergasi


Beberapa bulan lalu doktor telah memberi amaran kepada wanita ini, dia bakal melahirkan seorang bayi yang besar.

Namun tiada siapa menyangka bayi yang dilahirkan Cynthia Sigler begitu besar hingga mencecah hampir 14lbs (6.35kg).

Saturday, 10 March 2012

Sama Serupa


LONDON: Rupa fizikal seorang lelaki yang kelihatan seperti bekas diktator Korea Utara, Kim Jong-il, menyebabkan dia hidup membujang sehingga kini.

Bekerja sebagai tukang paip di London Barat, William Cheong, 43, ternyata gagal menarik perhatian mana-mana wanita yang melihatnya tidak lebih daripada ‘jelmaan’ Jong-il.

Berasal dari Acton, Cheong berkata, sehingga kini dia masih bujang dan tidak mempunyai anak. 

Berapa Usia Si Comel Anda?


Orang kata setahun umur kucing tak sama dengan stahun umur manusia. Begitu juga anjing. 

Jika seekor kucing itu lahir serentak dengan seorang manusia, selepas 20 tahun, kedua dua manusia dan kucing itu sepatutnya sebaya.


Friday, 9 March 2012

Filem Bisu

The Artist


Umum maklum filem bisu The Artist telah mengungguli  Anugerah Academy ke-75 minggu lalu. 

Post kali ini tiada kena mengena dengan dengan The Artist karya pengarah Perancis Michel Hazanavicious itu tapi ada kaitan dengan filem bisu di Malaysia.


Thursday, 8 March 2012

Planet Of The Spider

Australia

Ini bukan filem terbaru Hollywood. Ini juga bukan tajuk album baru kumpulan Spider. Ini betul-betul kisah penaklukan labah-labah.

Jika anda menganggap objek putih yang menyelimuti tanah di dalam foto di sebelah ini salji, anda silap. 

Hakikatnya ia adalah sarang labah-labah.

Wednesday, 7 March 2012

Ayoyo, Poyo dan Yoyo


Dalam satu lagi keputusan yang mengejutkan hari ini, presiden Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) Datuk Zaid Ibrahim mengumumkan bahawa partinya tidak akan dibubarkan dan beliau akan bertanding di kerusi parlimen Kota Bharu di bawah tiket KITA pada pilihan raya umum akan datang.

TERRA NOVA TER NODA

Riwayat siri televisyen terbitan FOX yang digembar gemburkan paling mahal pernah diterbitkan dalam sejarah produksi televisyen akhirnya terkubur.

Terra Nova terbitan pengarah prolifik Steven Spielberg sekadar bertahan selama satu musim