Sunday, 15 April 2012

My Name Is Khan

Nampak gayanya Shah Rukh Khan terpaksa sekali lagi berdepan karenah Islamophobia Amerika Syarikat. Dalam My Name Is Khan SRK ditahan kerana agama dan namanya situasi yang sama terpaksa dilalui. cuma kali ini dalam dunia realiti.

SRK ditahan dandisiasat ketika pesawat peribadinya mendarat di Lapangan Terbang New York. Alasan penahanan dipercayai ada kaitan nama Khan yang dimiliki SRK.aktor tersohor Bollywood ini

Sekalipun AS telah memohon maaf atas alasan mekanikal,ia bukan  alasan yang mampu diterima Menteri Luar India S.M. Krishna. Krishna  yang menganggap ia tidak sepatutnya berlaku  kerana SRK merupakan nama yang cukup besar di India.

SRK tiba di AS bagi memenuhi undangan berucap di Universiti Yale. Untuk rekod ini kali kedua (selain dalam My Name Is Khan) SRK ditahan ketika memasuki Lapangan Terbang AS.

No comments:

Post a Comment