Keluarga Nurul Halimin yang didakwa isteri kedua
kepada Sham (Kamikaze) terkilan apabila gitaris itu masih enggan
mengakui dia sudah bernikah dengan wanita berkenaan.
Sumber terdekat keluarga tersebut berkata Sham yang kini bergelar
pendakwah bebas bersikap tidak jujur kerana sehingga kini masih
menafikan pernikahan mereka yang telah berlangsung pada 16 Januari lalu.
"Memang benar Sham dan Halimin sudah bernikah tetapi kenapa dia masih
lagi menafikan hal tersebut?
"Bukankah perkahwinan itu satu berita yang perlu diberitahu kepada umum
agar ia tidak menimbulkan fitnah?
"Keluarga Halimin sedih apabila dia bersikap sedemikian sedangkan dia
seorang pendakwah. Bukan itu caranya dia mengendalikan masalah," katanya
kepada mStar Online di sini Jumaat.
Pada Januari lalu, kisah mengenai Sham menjadi tumpuan apabila dia
dikatakan sudah beristeri dua.
Hal tersebut membuatkan Sham tampil dan menafikan status berkenaan dan
meluahkan rasa kecewa dengan gosip yang melanda.
Bagaimanapun pada Khamis, sebuah blog hiburan mendedahkan wajah isteri
baru Sham yang merupakan janda anak satu .
Tambah sumber itu lagi, sikap Sham yang tidak bercakap benar itu
membuatkan Halimin tertekan dan terasa seperti diabaikan kerana
menyembunyikan status perkahwinan mereka.
"Sebelum berkahwin, macam-macam janji yang dia katakan kononya ingin
menjelaskan perkahwinan itu kepada isteri pertamanya, Farazila, tetapi
sehingga kini wanita itu belum diberitahu lagi," ujarnya.
Sementara itu, Sham yang membuat kenyataan menerusi laman Facebook
miliknya malam Khamis masih lagi menafikan perkahwinan keduanya itu dan
meminta semua pihak menghentikan fitnah mengenainya.
"Tolong faham saya ada keluarga yang begitu terguris dan berkecil hati
dengan fitnah yang berulangkali dipaparkan tanpa rasa bersalah.
"Bagaimana agaknya perasaan anda sekiranya hal itu berlaku kepada
keluarga anda?" Katanya.
sumber: MStar
No comments:
Post a Comment