KUALA
KANGSAR: Seorang remaja perempuan yang berdepan detik ngeri apabila
‘disergah’ dua harimau ketika mengikuti ibunya menoreh getah pada 15
Januari lalu, meninggal dunia di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB)
Ipoh, petang kelmarin dipercayai akibat trauma melampau.
Sejak insiden itu, arwah yang juga pelajar tingkatan empat Sekolah
Menengah Kebangsaan Temenggong Kati, Kati, di sini, dikatakan sering
termenung, sukar tidur dan hilang selera makan
.Dalam kejadian itu, arwah bersama ibunya, Rohani Osman, 50 terpaksa
melalui pengalaman menakutkan apabila terserempak dengan dua harimau
dewasa ketika menoreh getah berhampiran kawasan jirat Cina lama
berdekatan Hutan Simpan Bintang Hijau, di sini.
Dua beranak itu terpaksa berjalan mengundur hampir dua kilometer
selepas diekori dan cuba dibaham dua harimau dewasa berkenaan sebelum
diselamatkan penduduk kampung dua jam kemudian selepas bersembunyi di
atas pokoRohani berkata, hampir 10 pakar perubatan tradisional dan Islam yang
dirujuk mengatakan arwah anaknya berdepan gangguan makhluk halus atau
terkena ‘badi’ harimau selepas kejadian itu
Rohani yang ditemui semalam berkata, dia tidak menyangka perubahan sikap
dan trauma melampau dialami arwah sebelum ini menjadi petanda
pemergiannya.
Katanya, selepas menerima rawatan di dua hospital berkenaan, keadaan
arwah tidak banyak berubah dan doktor mengesahkan darahnya dicemari
kuman serta merebak ke bahagian pinggang ke bawah.“Beberapa hari sebelum meninggal dunia, arwah langsung tidak boleh
bercakap malah, doktor mengesahkan sebahagian tubuhnya dari pinggang ke
bawah lumpuh,” katanya
Beliau berkata, dia bersama suaminya, Kamaruddin Jene, 52, reda dengan
apa yang berlaku biarpun dia sendiri masih ‘dibayangi’ wajah pak belang
yang cuba membahamnya itu.
Jenazah Mastura dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Chuar Hulu, di sini, semala
“Beberapa minggu sebelum kematiannya, arwah pernah berpesan kepada saya
dan suami supaya tidak lagi keluar menoreh kerana bimbang menerima nasib
sepertinya
“Seminggu selepas kejadian ngeri itu, arwah menunjukkan perubahan sikap
yang ketara selain banyak menyendiri dan kurang bercakap. Arwah mungkin
terkena ‘badi’ pak belang itu selain dirinya yang mudah lemah semangat,”
katanya.
Menurutnya, pada Februari lalu, tahap kesihatannya bertambah teruk
sehingga terpaksa berulang-alik ke Hospital Kuala Kangsar dan Hospital
Taiping mendapatkan rawatan lanjut.
Rohani berkata, arwah terpaksa dikejarkan ke HRPB pada 13 April lalu
selepas demam panas sebelum doktor mengesahkan kuman berkenaan merebak
ke bahagian otaknya.
Mastura Kamaruddin, 16, sebelum ini dikatakan mengalami trauma
berpanjangan sejak kejadian itu hingga dia gagal menghadiri sesi
persekolahan.
Kedua-dua kakinya dijangkiti kuman akibat terpijak duri rotan ketika lari menyelamatkan diri daripada dikejar harimau berkenaan.
Arwah juga hanya bersekolah seminggu selepas kejadian itu sebelum
terlantar sakit di rumah keluarganya di Kampung Chuar Hilir, di sini.
No comments:
Post a Comment