Thursday, 26 April 2012

Al-Fatihah

KUALA KANGSAR: Seorang remaja perempuan yang berdepan detik ngeri apabila ‘disergah’ dua harimau ketika mengikuti ibunya menoreh getah pada 15 Januari lalu, meninggal dunia di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh, petang kelmarin dipercayai akibat trauma melampau.

Sejak insiden itu, arwah yang juga pelajar tingkatan empat Sekolah Menengah Kebangsaan Temenggong Kati, Kati, di sini, dikatakan sering termenung, sukar tidur dan hilang selera makan

Sunday, 22 April 2012

Kejam

Polis masih mencari kepala aktres Bollywood, Meenakshi Thapa, yang dibunuh dengan kejam di Gorakhpur, utara India, bulan lalu.

Pelakon berusia 26 tahun itu didakwa diculik oleh pasangan Preeti Surin dan kekasihnya, Amit Jaiswal yang menuntut bayaran tebusan sebanyak 1.5 juta rupi (RM89,000).
Pasangan itu kemudian memberi amaran kepada ibu Meenakshi bahawa aktres itu akan dipaksa berlakon dalam filem porno jika wang tebusan itu tidak dibayar.

Friday, 20 April 2012

Apa Agamamu???

Akhbar Telegraph mendedahkan seorang wanita melayu telah berkahwin di gereja. Nick Rudd, 25, anak bekas perdana menteri Australia, Kevin Rudd dan Zara Shafruddin seorang wanita melayu dikatakan bertukar-tukar ikrar di Gereja St James 'di King St, Sydney. Encik Rudd, Therese Rein isterinya dan anak perempuannya, Jessica mengumumkan berita gembira itu melalui twitter.

Sunday, 15 April 2012

Plaza hotel jawab

Behubung kontroversi makanan anjing berikut penafian daripada Plaza Hotel



sumber: milosuam.blogspot


My Name Is Khan

Nampak gayanya Shah Rukh Khan terpaksa sekali lagi berdepan karenah Islamophobia Amerika Syarikat. Dalam My Name Is Khan SRK ditahan kerana agama dan namanya situasi yang sama terpaksa dilalui. cuma kali ini dalam dunia realiti.

SRK ditahan dandisiasat ketika pesawat peribadinya mendarat di Lapangan Terbang New York. Alasan penahanan dipercayai ada kaitan nama Khan yang dimiliki SRK.aktor tersohor Bollywood ini

Sekalipun AS telah memohon maaf atas alasan mekanikal,ia bukan  alasan yang mampu diterima Menteri Luar India S.M. Krishna. Krishna  yang menganggap ia tidak sepatutnya berlaku  kerana SRK merupakan nama yang cukup besar di India.

SRK tiba di AS bagi memenuhi undangan berucap di Universiti Yale. Untuk rekod ini kali kedua (selain dalam My Name Is Khan) SRK ditahan ketika memasuki Lapangan Terbang AS.

Saturday, 14 April 2012

Tak guna punya manusia...

SEJAK semalam, tersebarnya sepucuk surat aduan yang dihantar kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, JAKIM berhubung dakwaan sebuah hotel di Kuala Lumpur yang menghidangkan makanan anjing kepada pelajar yang berkunjung di hotel berkenaan.

Surat tersebut yang dipercayai dihantar oleh salah seorang staff hotel tersebut mendedahkan bagaimana pihak hotel telah menghidangkan roti makanan anjing kepada para pelajar atas arahan pengurus besar Hotel berkenaan.

Al-Ustaz


Selepas sambutan menggalakkan majalah Solusi Telaga Biru Sdn Bhd telah melancarkan majalah terbarunya. Diberi nama Al-Ustaz isu Perdananya sudahpun berada di pasaran dengan harga RM9.00 SM dan RM11.00 bagi Sabah & Sarawak.

Dengan tagline Anda Musykil, Islam Menjawab Al-Ustaz menjemput tokoh tokoh agama antaranya Ustaz Don Daniyal Don Biyajid, Datuk Dr Hj Fadzillah Kamsah dan Datuk Hashim Yahya selaku kolumnis. Dapatkan di pasaran sekarang.