Wednesday, 22 February 2012

HATI HATI JATI


Majlis pelancaran JATI turut dihadiri
Mufti Perak Datuk Harussani
Badan Bukan Kerajaan NGO JATI selamat dirasmikan semalam. JATI dianggap 'anggota baru' kepada kuasa ketiga yang bakal mengubah landskap politik negara.

Sekalipun pengasasnya Datuk Dr. Hasan Ali menegaskan JATI tidak terikat kepada mana mana parti politik umum maklum JATI tidak dapat lari daripada memperkata soal politik. Ditambah status Dr. Hasan sendiri sebagai bekas ahli PAS yang dipecat 8 Januari lalu.

Kehadiran JATI yang memperjuangkan IMR (Islam, Melayu dan Raja) dianggap cukup relevan dalam tmempertahankan survival ketiga tiga entiti ini. Terselah pada logonya yang menceritakan secara literal tiga individu yang mewakili IMR saling berdakapan tanda penyatuan.

Malangnya baik Dr Hasan mahupun nadi penggerak JATI secara luar sedar barangkali terlepas pandang logo parti itu 99% menyamai logo Lucius, sebuah gerakan yang memuja syaitan.





Demi survival JATI pihak berkenaan perlu segera mengubah logo ini kerana ia telahpun dipertikaikan beberapa blog dan juga portal politik.

Perjuangan JATI nyata betentangan dengan lucius maka tindakan tukar logo perlu sebelum ia dipolitikkan.
Sebarang silap cakap, silap pandang akan mengundang pelbagai tafsiran yang kadang kala boleh memudaratkan yang empunya diri.


HATI HATI JATI






1 comment: