Thursday, 23 February 2012

5 fakta mengejutkan tentang kopi

Kopi. tidak ramai yang menggemarinya. Ada yang bimbang kandungan kaffein padanya boleh mendatangkan risiko penyakit sebagaimana rokok. Tidak kurang yang khuatir ia boleh mengakibatkan insomnia.

Di sebalik kekhuatiran itu kopi sebenarnya mempunyai pelbagai khasiat yang mungkin kita sendiri tidak percaya.

Uniknya kopi ia mempunyai bahan anti-oksida yang jauh lebih tinggi daripada bahan makanan lain termasuk sayur dan buah buahan. Tapi ia bergantung kepada kaedah penjagaan pokok kopi itu sendiri. Sebaik baiknya dapatkan kopi organik kerana ia bebas bahan kimia. Fakta yang perlu diketahui kopi adalah antara tanaman yang paling kerap disembur racun perosak.

Berikut fakta mengejutkan tentang kopi untuk kita kongsi bersama.

1. Kopi membantu mengelakkan risiko diabetes jenis 2
 
Lebih banyak kopi diambil, lebih kurang anda berisiko menghidap diabetes tahap 2. Sebagai contoh wanita pasca monopous yang minum sekurang kurangnya 4 cawan kopi sehari kurang daripada separuh berisiko menghidap diabetes tahap 2 berbanding yang tidak minum kopi.

Fakta berdasarkan kajian terhadap 700 waita Sekolah Kesihatan Awam dan Perubatan UCLA. Setiap cawan tambahan dikatakan mampu mengurangkan sehingga 7 peratus risiko penyakit itu.

Bagaimana ia berlaku: Kopi dikatakan mampu meningkatkan kadar toleransi badan terhadap glukos dengan meningkatkan kadar metabolisme dan memperbaiki toleransi insulin.

Pengambilan kopi meningkatkan paras darah untuk protein yang dinamakan sex hormone-binding globulin (SHBG) yang menawarkan perlindungan daripada diabetes jenis 2 kepada mereka yang mempunyai muutasi genetik jenis itu (bagaimanapun kopi tanpa kafein atau decaf tidak menunjukkan hasil yang sama).

1. Kopi boleh melawan sel barah

Satu ketika dulu kopi pernah dikatakan penyebab barah. Puncanya pengambilan kopi dikaitkan dengan amalan pengambilan secara kerap seperti merokok dan alkohol. Kini terdapat banyak bukti mengaitkan kopi sebagai agen pelindung daripada barah, mungkin dengan membaik pulih struktur DNA.

Kopi juga didapati mampu mengurangkan risiko barah hati yang dihidap lebih 18,000 warga Amerika setahun. 

Pada 2011 penyelidik Harvard University mendapaty wanita yang minum beberapa cawan kopi sehari (berkafein atau decaf) kurang risiko menghidap barah endometrial.

Kajian universiti yang sama mendapati bagi lelaki yang mengambil enam cawan kopi sehari, risiko menghidap barah prostat pembawa maut 60 peratus lebih rendah daripada mereka yang kurang minum kopi. Dan risiko menghidap barah prostat jenis lain  adalah 20 peratus lebih rendah.

Kopi juga dikaitkan mampu mengurangkan risiko barah usus, barah rektum, barah mulut dan barah esofagus.

Bagaimana ia berlaku: Kopi mengandungi kompaun kimia termasuk anti oksida dan anti radang. Kompaun anti oksida yang paling aktif methylpyridinium contohnya yang didapati dalam kopi kerana proses memanggang biji kopi. Espresso mengandungi dua atau tiga kali jumlah kompaun anti barah ini.

bersambung...




 





1 comment:

  1. best nye blog ni..very informative!keep up the good work!

    ReplyDelete