Saturday, 18 February 2012

Maharaja Jepun Selamat


Maharaja Akihito selamat menjalani pembedahan pintasan jantung. Pengumuman dilaporkan stesen penyiaran tempatan NHK.

Akihito, 78 telah menerima rawatan masalah jantung sejak beberapa tahun lalu. Minggu lalu, doktor memutuskan untuk melakukan pembedahan pintasan koronari terhadap baginda.

Akihito mewarisi takhta selepas kemangkatan Ayahanda beliau Hirohito pada 1989.

Dan sejak dua dekad lalu Akihito berusaha memulihkan hubungan Jepun dengan beberapa negara Asia yang menjadi mangsa kekejaman tentera Jepun pada era Perang Dunia ke-2.

Baginda juga berusaha membawa keluarga Di-Raja lebih dekat kepada rakyat.

No comments:

Post a Comment