Meow...kucing yang dianggap terbesar di AS disahkan mati selepas mengalami komplikasi pernafasan.
Meow menggemparkan AS bulan lalu selepas pemiliknya yang berusia 87 tahun meninggalkannya di rumah perlindungan haiwan Sante Fe selepas tidak lagi mampu menjaganya.
Mungkin disebabkan berat badan Meow yang mencecah 39 pound, jauh lebih berat berbanding 8-12 pound bagi kucing biasa. Secara perbandingan berat badan Meow jika dalan skala manusia mencecah 600 pound.
Meow pernah muncul dalam rancangan Anderson Cooper's Show dalam usaha mencari mereka yang sanggup menjadi tuan barunya.
Khamis lalu bagaikan memberi harapan baru buat kucing obess ini selepas ia mampu memberi reaksi positif dalam program mengurangkan tahap obesitinya.Meow lebih kerap bergerak berbanding sebelumnya.
Bagaimanapun tahap kesihatan Meow mula meragukan selepas bunyi nafasnya agak kuat. Namun pakar yang menjaganya menyifatkan ia bukanlah sesuatu yang luar biasa.
Malangnya simptom itu semakin buruk menjelang hujung minggu lalu. Meow terpaksa melalui beberapa lagi ujian sebelum digegaskan ke wad kecemasan. Malangnya nyawa Meow tidak dapat diselamatkan. Meow diisytiharkan mati.
Ingat... Obesiti bukan sesuatu yang boleh dipandang ringan.
No comments:
Post a Comment