Bagi yang pernah mengikuti program Swamp People terbitan History Channel pasti mengenali pasangan adik beradik Guist. Bagi peminat pasangan terbabit ada khabar dukacita buat anda.
Mitchell Guist antara figura berpewatakan pelik dalam rancangan terbabit disahkan meninggal dunia. Mitchell terjatuh ke dalam paya ketika sedang memuat naik perkakas di atas botnya. Dia yang berjaya dibawa naik semula ke tebing cuba diselamatkan menerusi CPR sebelum digegaskan ke sebuah hospital di Louisiana. Mitchell bagaimanapun disahkan mati tidak lama kemudian.
No comments:
Post a Comment