Penduduk North Carolina hari ini mengundi bagi meminda perlembagaan berhubung dsfinisi perkahwinan. Hasilnya 61 peratus menyokong perkahwinan hanya sah diantara lelaki dan perempuan. Bermakna majoriti menolak perkahwinan songsang.
Keputusan menjadikan North Carolina negeri ke 29 di AS yang menolak perkahwinan sejenis. North Carolina sebelum ini sememangnya tidak mengiktiraf perkahwinan sejenis dalam undang undang negeri itu.
Namun dengan penggubalan perlembagaan ini bermakna ahli berpolitik yang menyokong perkahwinan songsang berdepan kesukaran untuk mengubahnya kembali kerana tiada sokongan majoriti.
Jika Mat Salleh pun menolak kenapa kita nak jadi lebih Mat Salleh daripada Mat Salleh???
No comments:
Post a Comment