Tuesday, 15 May 2012

Berita gembira buat sang bedal

Bagi yang pernah mengikuti program Swamp People terbitan History Channel pasti mengenali pasangan adik beradik Guist. Bagi peminat pasangan terbabit ada khabar dukacita buat anda.

Mitchell Guist antara figura berpewatakan pelik dalam rancangan terbabit disahkan meninggal dunia. Mitchell terjatuh ke dalam paya ketika sedang memuat naik perkakas di atas botnya. Dia yang berjaya dibawa naik semula ke tebing cuba diselamatkan menerusi CPR sebelum digegaskan ke sebuah hospital  di Louisiana. Mitchell bagaimanapun disahkan mati tidak lama kemudian.



Kereta Selam

Tora datang lagi dengan permainan kereta selam.....

Di Califonia sebuah keluarga dikejutkan kehadiran sebuah kereta di dalam kolam renang milik mereka. Pemandu kereta terbabit Modesto Cabral yang memandu kereta jenis Lexusgs GS430 dipercayai merempuh tembok pagar kediaman keluarga La Puente sebelum kereta terbabit masuk ke dalam kolam terbabit.

Cabral sempat keluar dari kenderaan terbabit menerusi cermin tingkap hadapan sejurus sebelum ia tenggelam. Dia bagaimanapun ditahan atas dakwaan memandu dalam keadaan mabuk

Kerna Terpaksa


Kerna terpaksa aku melangkah pergi

Kerna terpaksa kuturutkan kata hati...

Sesuai betul untuk menggambarkan tindakan terbaru pelari pecut tersohor Usain Bolt.

Pemegang rekod duna dan olimpik bagi acara 100 dan 200 meter ini mengambil keputusan drastik meninggalkan teman wanitanya bagi memberi tumpuan kepada pemburuan emas Olimpik London.

Wednesday, 9 May 2012

Terkini...tapi tak rasmi tau...

Pembubaran parlimen - Isnin, 15 Mei
Penamaan Calon - Sabtu,  26 Mei
Hari Mengundi - Sabtu, 9 Jun

Mat Salleh pun tak nak...

Penduduk North Carolina hari ini mengundi bagi meminda perlembagaan berhubung dsfinisi perkahwinan. Hasilnya 61 peratus menyokong perkahwinan hanya sah diantara lelaki dan perempuan. Bermakna majoriti menolak perkahwinan songsang.

Keputusan menjadikan North Carolina negeri ke 29 di AS yang menolak perkahwinan sejenis. North Carolina sebelum ini sememangnya tidak mengiktiraf perkahwinan sejenis dalam undang undang negeri itu.


Tuesday, 8 May 2012

RIP Meow

Meow...kucing yang dianggap terbesar di AS disahkan mati selepas mengalami komplikasi pernafasan.

Meow menggemparkan AS bulan lalu selepas pemiliknya yang berusia 87 tahun meninggalkannya di rumah perlindungan haiwan Sante Fe selepas tidak lagi mampu menjaganya.

Saturday, 5 May 2012

RIP Adam Yauch

Adam YauchAdam Yauch, pengasas kumpulan Hip Hop Beastie Boys meninggal dunia hari ini di Manhattan.

Kematian Yauch pada usia 47 tahun disahkan ibunya Frances Yauch. Mendian sebelum ini menderita barah sejak 2009 dan telah menjalani pembedahan bagi merawat penyakit itu