Friday, 24 February 2012

5 fakta mengejutkan tentang kopi (part2)



Dalam post yang lalu barulatulaa.blogspot.com mendedahkan 2 fakta menarik tentang kopi yang mungkin tidak diketahui pembaca.

Post berikutnya akan merungkai 3 lagi fakta yang mengaitkan tabiat minum kopi dengan kesihatan

Thursday, 23 February 2012

5 fakta mengejutkan tentang kopi

Kopi. tidak ramai yang menggemarinya. Ada yang bimbang kandungan kaffein padanya boleh mendatangkan risiko penyakit sebagaimana rokok. Tidak kurang yang khuatir ia boleh mengakibatkan insomnia.

Di sebalik kekhuatiran itu kopi sebenarnya mempunyai pelbagai khasiat yang mungkin kita sendiri tidak percaya.

Wednesday, 22 February 2012

Kenapa pound jadi lb?

Pernah terlintaskah di fikiran kita setiap kali melihat mesin penimbang berat badan kenapa kata singkatan (abbreviations) lb digunakan sedangkan sebutannya pound. Dan ketika melihat waktu pernahkah kita tertanya apa sebenarnya maksud a.m. dan p.m.?

Forbidden Waterfall... for the time being...

Orang ramai masih tidak digalakkan ke Hutan Lipur Lata Kijang di Jelebu atas faktor keselamatan. 

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pelancongan, Perpaduan, Kebudayaan,
Kesenian, Warisan dan Adat Istiadat Melayu Negeri Sembilan Datuk Mohammad RaziKail berkata kawasan itu didapati masih merbahaya dan tidak selamat.

 "Kita tidak digalakkan orang ramai untuk berkelah, berkhemah atau bermalam
di situ kerana keadaannya yang masih tidak selamat. Tempat itu memang cantik,
tapi dari segi keselamatan kita tidak galakkan orang ramai datang,"


Super Earth ditemui

Kajian terhadap sebuah planet asing yang hampir menyerupai bumi telah menemui beberapa penemuan penting

GJ1214b
GJ 1214b yang turut dikenali Super Earth ini dikesan September 2009. Dan hasil penyelidikan NASA menerusi Hubble Space Telescope mendapati planet ini dipenuhi air dan ruang atmosfera yang tebal.


GJ 1214b yang terletak 40 tahun cahaya dari bumi mempunyai 2.7 kali diameter bumi dengan berat lebih tujuh kali ganda dari planet yang kita huni ini. ia mengelilingi satu bintang kerdil berwarna merah (red dwarf star) pada jarak dua juta kilometer.

Tak Baik tu Adele

Bengang apabila hos meminta ucapannya dipendekkan, penyanyi bersuara emas Adele naik meradang. Adele tanpa diduga menunjukkan isyarat lucah di atas pentas Brit Award 2012.

Adele yang mendominasi Grammy Award minggu lalu tersentap apabila James Corden memintanya untuk berhenti berucap bagi memberi laluan kumpulan Blur membuat persembahan.

HATI HATI JATI


Majlis pelancaran JATI turut dihadiri
Mufti Perak Datuk Harussani
Badan Bukan Kerajaan NGO JATI selamat dirasmikan semalam. JATI dianggap 'anggota baru' kepada kuasa ketiga yang bakal mengubah landskap politik negara.

Sekalipun pengasasnya Datuk Dr. Hasan Ali menegaskan JATI tidak terikat kepada mana mana parti politik umum maklum JATI tidak dapat lari daripada memperkata soal politik. Ditambah status Dr. Hasan sendiri sebagai bekas ahli PAS yang dipecat 8 Januari lalu.

Kehadiran JATI yang memperjuangkan IMR (Islam, Melayu dan Raja) dianggap cukup relevan dalam tmempertahankan survival ketiga tiga entiti ini. Terselah pada logonya yang menceritakan secara literal tiga individu yang mewakili IMR saling berdakapan tanda penyatuan.

Malangnya baik Dr Hasan mahupun nadi penggerak JATI secara luar sedar barangkali terlepas pandang logo parti itu 99% menyamai logo Lucius, sebuah gerakan yang memuja syaitan.

Sunday, 19 February 2012

M for Blind




Aktres terkenal Judi Dench yang terkenal dengan Watak M dalam francais filem perisik terkenal James Bond berdepan risiko buta.

Dench 77, telah didiagnosis menghidap macular degeneration, mendedahkan penglihatannya kini bertambah buruk sehingga menyukarkannya membaca skrip sehingga memerlukan bantuan rakan dan keluarga.

Selain watak M, Dench turut dikenali dengan watak Ratu Elizabeth I dalam filem Shakespeare in Love, watak yang membolehkannya membawa pulang Oscar.

Berita penuh klik di sini

KWSP Dividen



Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan kadar dividen 6 peratus untuk pencarumnya bagi tahun kewangan berakhir Dis 31 2011, iaitu meningkat 20 mata asas berbanding 5.8 peratus untuk
tahun 2010.
Pengerusi KWSP Tan Sri Samsudin Osman berkata kadar dividen ini merupakan kadar tertinggi dalam tempoh 10 tahun dengan bayaran sebanyak RM24.47 bilionakan diagihkan kepada pencarumnya, berbanding RM21.61 bilion yang dibuat untuk tahun kewangan 2010.
Berdasarkan laporan sebelum ini, dividen tertinggi yang pernah diumumkan oleh kumpulan itu ialah sebanyak 8.5 peratus, dibayar kepada pencarum pada tahun 1983 sehingga 1987.
Samsudin berkata tahun 2011 menandakan satu lagi pencapaian baik KWSP,walaupun menghadapi persekitaran pelaburan yang mencabar dengan memperolehi pendapatan pelaburan kasar sebanyak RM27.24 bilion, meningkat 13.18 peratus daripada 2010.
"Ia merupakan prestasi terbaik sejak tahun 2001 hasil strategi pelaburan jangka panjang dan berhemah KWSP, berserta usaha berterusan pasukan pelaburannya," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

"Sementara pelaburan berpendapatan tetap memberikan pulangan yang stabil, prestasi keseluruhan KWSP, sebahagian besarnya disumbangkan oleh perolehan dalam kedua-dua ekuiti tersenarai awam domestik dan global, serta program pengurusan yang aktif," katanya.

Setakat 31 Disember 2011, Samsudin berkata jumlah aset pelaburan KWSP terus mencatatkan pertumbuhan sihat sebanyak 6.52 peratus kepada RM469.22 biliondaripada RM440.52 bilion pada tahun 2010.

"Pertumbuhan ini disumbangkan sebahagian besarnya oleh caruman tahunan bersih yang positif daripada pencarum dan majikan serta prestasi pelaburan yang konsisten dan menggalakkan," kata Samsudin.

Beliau juga berkata ekuiti merupakan penyumbang pendapatan terbesar sebanyak RM13.29 bilion atau 48.81 peratus daripada keseluruhan pendapatan pelaburan.

"Ini diikuti oleh pinjaman dan bon, Sekuriti Kerajaan Malaysia dan instrumen pasaran wang, masing-masing menyumbang RM7.54 bilion, RM5.63 bilion dan RM656.36 juta. Baki sebanyak RM115.41 juta atau 0.43 peratus disumbangkan oleh hartanah dan pendapatan pelaburan lain," katanya.

Samsudin berkata KWSP juga telah secara beransur-ansur beralih kepada aset yang memberikan pulangan lebih tinggi dengan had risiko yang boleh diterima di mana ia memberikan kesan yang baik, melebihi jangkaan kerana berjaya mengatasi kadar simpanan tetap dan faedah semasa.
 "Salah satu pencapaian utama aktiviti pelaburan KWSP pada tahun 2011 ialah penyelesaian pengambilalihan bersama (dengan kumpulan UEM) Plus Expressway Berhad melalui syarikat pelaburan bersama PLUS Malaysia Sdn Bhd, selain meluaskan pelaburan global dalam hartanah, ekuiti dan sukuk," katanya.

Perluasan ini adalah selaras dengan objektif dan strategi pelaburan yang berpandukan Alokasi Aset Strategik dan Rangka Kerja Pengurusan Risiko KWSP, katanya.

Pencarum KWSP boleh mendapatkan Penyata Kira-Kira KWSP untuk menyemak pengkreditan dividen 2011 melalui kiosk KWSP, kaunter atau i-Akaun mulai esok.
sumber: BERNAMA

Saturday, 18 February 2012

Maharaja Jepun Selamat


Maharaja Akihito selamat menjalani pembedahan pintasan jantung. Pengumuman dilaporkan stesen penyiaran tempatan NHK.

Akihito, 78 telah menerima rawatan masalah jantung sejak beberapa tahun lalu. Minggu lalu, doktor memutuskan untuk melakukan pembedahan pintasan koronari terhadap baginda.

Akihito mewarisi takhta selepas kemangkatan Ayahanda beliau Hirohito pada 1989.

Dan sejak dua dekad lalu Akihito berusaha memulihkan hubungan Jepun dengan beberapa negara Asia yang menjadi mangsa kekejaman tentera Jepun pada era Perang Dunia ke-2.

Baginda juga berusaha membawa keluarga Di-Raja lebih dekat kepada rakyat.

Friday, 17 February 2012

Wanita lahirkan anak selepas berperang mulut

CHENNAI 17 Feb. - Seorang wanita hamil yang mahu ke Malaysia melahirkan bayinya di Lapangan Terbang Anna selepas “berperang mulut” dengan petugas syarikat penerbangan yang tidak membenarkannya menaiki pesawat itu.

Bagaimanapun bayi Syhamala Sundari, 31, dilahirkan mati.

Dalam kejadian pada Khamis itu, wanita tersebut yang hamil tujuh bulan tidak dibenarkan menaiki penerbangan selama tiga jam menuju ke Kuala Lumpur atas faktor keselamatan, selepas dia gagal menunjukkan sijil perubatan yang membenarkannya berbuat demikian.

"Berlaku perang mulut antaranya dan petugas syarikat penerbangan sebelum wanita itu berasa sakit mahu bersalin dan cuba ke bilik air namun dia rebah
.
Wanita itu melahirkan anaknya di bilik air,” lapor akhbar tempatan hari ini.

Wanita itu kini dirawat di sebuah pusat perubatan swasta dan dilaporkan dalam keadaan stabil.

Shymala dari Andhra Pradesh dilapor dalam perjalanan berjumpa suaminya yang bekerja di Kuala Lumpur.

sumber: BERNAMA

AWAS!!! Arsenik dalam susu formula bayi

Hati-hati ibu bapa sekalian...

Susu formula yang anda beri kepada bayi anda mungkin mengandungi racun arsenik. Pengarah Trace Element Analysis Core Facility at Dartmouth University, Brian P. Jackson mendedahkan pasukannya telah menemui racun itu terkandung dalam susu formula organik yang berasaskan sirap beras perang. Jumlahnya pula 6 kali lebih tinggi daripada paras selamat yang ditetapkan EPA bagi air minuman.


Kandungan arsenik yang tinggi turut ditemui dalam beberapa makanan berasaskan bahan serupa termasuk bar  bijirin dan gel tenaga yang sering diambil atlet selepas latihan.


Info lanjut klik di sini

wartawan NY Times meninggal dunia di Syria

Wartawan NY Times Anthony Shadid yang memenangi dua anugerah Pulitzer berikutan kecemerlangannya menjalankan tugas di Iraq meninggal dunia ketika bertugas di Syria. Kematian dipercayai berpunca serangan athsma.

Dia sebelum ini pernah ditahan selama seminggu oleh pihak berkuasa Syria.

sumber: yahoonews

Muqaddimah

Assalamualaikum/Salam sejahtera

Jumaat 24 Rabiul Awal 1433 Hijrah blog ini dilancarkan. barutaulaa.blogspot.com sekadar wadah menyalur informasi terkini dari dalam dan luar negara meliputi segenap aspek.  tidak condong kepada mana mana fahaman politik barutaulaa.blogspot.com bertujuan meletakkan informasi maya sebagai sumber rujukan umum. Insya Allah dari masa ke masa barutaulaa.blogspot.com  bakal melalui fasa penambahbaikan dari segi mutu penyampaian dan persembahan. Semoga kelahiran barutaulaa.blogspot.combakal menambah rencah bagi mewarnai dunia informasi tanpa sempadan ini. Insya Allah