Tuesday, 3 July 2012

Spiderman bakal disaman

Belum sempat pun Spiderman 3D lakonan Andrew Garfield ditayangkan produksi filem adiwira itu bakal berdepan tindakan saman.
Alasannya pihak produksi dan juga pencipta watak komik itu memplagiat karakter dan kostum adiwira itu.

Bermakna kostum merah biru dan post seakan mencangkung yang sering digayakan spidey bukanlah idea asal tetapihasil ciplak semata mata

Bagaimanapun tidak dapat dipastikan sama ada saman itu akan dilayan kerana pihak yang diplagiat bukannya manusia tetapi seekor cicak. hehehehe...

Reptilia ini memang unik kerana memiliki warna dan bentuk seakan akan Spiderman.

Cicak istimewa ini ditangkap ketika merangkak di atas batu oleh sepasang suami isteri Cassio Lopes dan Alessandra Lopes ketika melawat Masai National Park di Kenya.

Jangan terkejut kalau selepas ini kemasyhuran pasangan ini dan cicak istimewa ini bakal menenggelamkan populariti spiderman.

hensem tak???

.

No comments:

Post a Comment